Sunday 4 March 2012

Cerita Peribahasa Saya. ( Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam)

         Zahid adalah pelajar di Sekolah Rendah North Spring. Dia adalah pelajar darjah 6. Dia akan mengambil peperiksaan PSLE pada akhir tahun. Dia adalah pelajar foundation. Dia tidak pernah mendapat gred C atau lebih untuk semua peperiksaannya bagi mana-mana subjek.Rakan-rakannya selalu memanggilnya 'budak bodoh' kerana dia selalu mendapat markah yang paling rendah di kelasnya. Dia pun selalu diketawakan rakan sekelasnya. Ibu bapa dan guru-gurunya selalu menggalakkan Zahid untuk bekerja keras supaya boleh mencapai cita-citanya. Dia tidak mendengar nasihat-nasihat mereka sehingga dia dapat keputusan untuk peperiksaan SA1. Dia telah gagal semua mata pelajaran.

        Selepas mendapat keputusannya, dia ingin bekerja keras untuk peperiksaan PSLEnya. Dia tidak mahu gagal peperiksaasn PSLEnya dan belajar di sekolah rendah lagi. Dian ingin membuat ibu bapanya bangga dan belajar di sekolah menengah. Dia pun selalu memberi perhatian di dalam kelas. Setiap hari dia akan membuat kertas dan buku latihan. Apabila dia tidak faham topik-topik yang diajar oleh guru-gurunya, dia akan tunggu di luar bilik guru, selepas sekolah, untuk menanya soalan tentang topik-topik itu. Zahid tidak pernah membuang masa. Jika dia ada masa lapang, dia akan mengulang kaji pelajaran-pelajaran yang diajar di sekolah.

        Apabila waktu peperiksaan PSLE tiba dia membuat kertas peperiksaannya dengan yakin dan berhati-hati. Apabila dia sudah habis membuat kertasnya, dia akan menyemak kertasnya berkali-kali hingga waktu tamat. Selepas kertas-kertas peperiksaasn sudah tamat, dia bimbang akan semua kerja kerasnya tidak akan mendatangkan hasil. Hari mengambil keputusan PSLE pun tiba. Apabila dia mengambil keputusan PSLEnya, dia berasa sungguh gembira keran dia dapat 205, tertinngi di kelasnya. Pada pertama kali dia mendapt gred A+ untuk bahasa Melayu. Ibu bapanya bangga kerana dia boleh mengambil pelajaran ekspres.Bak kata pepatah ' Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam'.

Tuesday 14 February 2012

Renungan Artikel Akhbar

1. Isu utama petikan ini ialah kes mencuri basikal telah meningkat.

2. Penunggang-penunggang basikal yang perlu memberikan perhatian terhadap ini.

3. Kes ini menjadi teruk tahun lalu yang sebanyak 1'137, berbanding 719 pada 2010.

4. Basikal yang dicuri akan dijual di Sungei Road, City Plaza, estet perusahan di Jurong, Woodlands dan Sembawang.

5. Untuk mengelakkan kecurian basikal, penunggang-penunggang basikal dinasihati supaya menyimpan basikal mereka di rumah apabila tidak digunakan. Mereka juga harus mengunci basikal mereka di tempat khas, seperti rak-rak basikal.

6. Pada pendapat saya, kes kecurian basikal ini semakin bertambah kerana terdapat ramai orang hendak mendapat duit dengan cepat menerusi mencuri dan menjual basikal.

Wednesday 25 January 2012

Renungan Artikel

Saya rasa Encik Yong Chun Kim adalah seorang yang tidak senang berputus asa. Walaupun dia diselubungi salji, dia tidak berputus asa dan mengorek terowong salji untuk menyelamatkan dirinya dari diselubungi salji. Dia lebih mementingkan nyawanya daripada wang kerana dia bakar wangnya untuk membuat dirinya hangat. Saya rasa pengalamannya bertugas sebagai askar telah menolongnya untuk menyelamatkan dirinya kerana jikalau dia tidak ada pengalaman sebagai askar, dia tidak mungkin menjadi seorang yang lebih berani. Dia sangat beruntung kerana Tuhan telah memanjangkan nyawa Encik Yong Chun Kim.

Dari artikal ini saya boleh mempelajari untuk menjadi lebih berani dan seorang yang tidak senang berputus asa.

Saya rasa tukilan " Duit bukan segala-galanya" bermakna nyawa kita lebih berharga daripada duit.

Tuesday 17 January 2012

Biodata Saya

Nama Penuh: Muhammad Ariebima Abigara Bin Zulhaizal
Tarikh Lahir: 20 Julai 1999
Kelas: 1G
Sekolah Rendah: Sekolah Rendah North Spring
Kegiatan Kokurikulum: NCC
Hobi: Bermain Bola Sepak
Pasukan Bola Kegemaran: Manchester United
Makanan Kegemaran: Makanan yang PEDAS