Sunday 4 March 2012

Cerita Peribahasa Saya. ( Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam)

         Zahid adalah pelajar di Sekolah Rendah North Spring. Dia adalah pelajar darjah 6. Dia akan mengambil peperiksaan PSLE pada akhir tahun. Dia adalah pelajar foundation. Dia tidak pernah mendapat gred C atau lebih untuk semua peperiksaannya bagi mana-mana subjek.Rakan-rakannya selalu memanggilnya 'budak bodoh' kerana dia selalu mendapat markah yang paling rendah di kelasnya. Dia pun selalu diketawakan rakan sekelasnya. Ibu bapa dan guru-gurunya selalu menggalakkan Zahid untuk bekerja keras supaya boleh mencapai cita-citanya. Dia tidak mendengar nasihat-nasihat mereka sehingga dia dapat keputusan untuk peperiksaan SA1. Dia telah gagal semua mata pelajaran.

        Selepas mendapat keputusannya, dia ingin bekerja keras untuk peperiksaan PSLEnya. Dia tidak mahu gagal peperiksaasn PSLEnya dan belajar di sekolah rendah lagi. Dian ingin membuat ibu bapanya bangga dan belajar di sekolah menengah. Dia pun selalu memberi perhatian di dalam kelas. Setiap hari dia akan membuat kertas dan buku latihan. Apabila dia tidak faham topik-topik yang diajar oleh guru-gurunya, dia akan tunggu di luar bilik guru, selepas sekolah, untuk menanya soalan tentang topik-topik itu. Zahid tidak pernah membuang masa. Jika dia ada masa lapang, dia akan mengulang kaji pelajaran-pelajaran yang diajar di sekolah.

        Apabila waktu peperiksaan PSLE tiba dia membuat kertas peperiksaannya dengan yakin dan berhati-hati. Apabila dia sudah habis membuat kertasnya, dia akan menyemak kertasnya berkali-kali hingga waktu tamat. Selepas kertas-kertas peperiksaasn sudah tamat, dia bimbang akan semua kerja kerasnya tidak akan mendatangkan hasil. Hari mengambil keputusan PSLE pun tiba. Apabila dia mengambil keputusan PSLEnya, dia berasa sungguh gembira keran dia dapat 205, tertinngi di kelasnya. Pada pertama kali dia mendapt gred A+ untuk bahasa Melayu. Ibu bapanya bangga kerana dia boleh mengambil pelajaran ekspres.Bak kata pepatah ' Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam'.